Saturday, September 19, 2009

1Malaysia Text Gallery

Malaysia Tanahairku Tercinta, Bersama kita Rakyat Malaysia Mengabadikannya Dengan Jiwa 1Malaysia

Bermula ketika saat kita dilahirkan di tanahair tercinta Malaysia, maka terjalinlah ikatan jiwa kita dengannya. Inilah takdir Tuhan yang maha berkuasa, kurniaNya memberi kita suatu nikmat untuk hidup dalam keadaan jiwa yang aman damai. Tidak kira apa jua paras wajah, jantina, warna kulit, kepercayaan agama, kebudayaan bangsa, bahasa pertuturan, kebolehan, pekerjaan dan cita-cita, kita rakyat Malaysia telah disatukan sebagai anggota keluarga 1Malaysia. Dengan kesetiaan dan keinsafan kita, dikuatkan dengan jiwa 1Malaysia, kita telah dapat dan akan terus berusaha untuk menjayakan segala agenda negara yang akan membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih cemerlang. Kejayaan negara, adalah kejayaan rakyatnya. Kesediaan kita berkorban tenaga, masa dan perbezaan yang ada, bukan sahaja demi keluarga, bangsa dan negara, malahan juga demi generasi yang akan datang. Kita akan sentiasa mengingatkan diri kita akan pengorbanan pemimpin-pemimpin negara yang membolehkan kita berdiri megah sebagai anak Malaysia. Kita akan sentiasa mendoakan agar jiwa 1Malaysia akan terus disemai di dalam jiwa anak-anak kita agar dapat diabadikan buat selama-lamanya.

check this out at http://www.1malaysia-proton.com/

No comments: