Friday, March 7, 2008

Development of the Nation

















I found this website (http://www.sediagempur.net/index.php) after reading "Thestar" newspaper today. So i decided to write something to give my opinion. Below are my comments (written in BM)

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang ingin melihat negara terus membangun dan maju. Selepas pilihanraya ini, saya berharap kerajaan Malaysia baru yang akan dipimpin oleh BN akan berusaha membangunkan negara dengan mengambil kira keadaan sosial ekonomi rakyat negara supaya pembangunan negara tidak sahaja terbatas dalam pembangunan infrastruktur yang canggih dan moden, peningkatan angka dalam peratusan KNK, malahan juga kuasa membeli kumpulan penduduk miskin dalam negara (bukan kuasa membeli penduduk negara secara purata) Antara cadangan saya:
1. Meningkatkan usaha dalam pembangunan semua GLC yang ada dan yang baru supaya semua GLC berdaya saing dan memberi pulangan kepada negera untuk kegunaan pembangunan. Ini akan dapat membantu meningkatan pendapatan negara selain usaha pengurangan subsidi kepada rakyat.
2. Pengurangan subsidi kepada rakyat perlu dilakukan seiring dengan usaha peningkatan kuasa membeli golongan berpendapatan rendah. Sekiranya ini dapat dilakukan, maka rakyat yang berpendapatan rendah tidak terasa beban kenaikan harga barang.
3. Memantau segala perancangan KWSP dalam pelaburannya supaya pulangan yang lebih tinggi dapat dinikmati oleh ahlinya.
4. Sudah masanya untuk mencapai kadar peratusan sifar untuk segala masalah ketiadaan kemudahan asas untuk setiap penduduk. Ini termasuk kemudahan air, elektrik, sistem pembentungan , kemudahan jalanraya, jambatan, perhentian bas, sekolah, klinik kesihatan atau hospital.
5. Perancangan dalam membangunkan Jabatan Kebajikan seluruh Malaysia dengan pemberian peruntukan supaya jabatan ini dapat meningkat jumlah sumbangan bulanan kepada rakyat yang memerlukan memandangkan kadar yang ada adalah rendah. Usaha meningkatkan bilangan pusat penjagaan dan permodenan semua pusat-pusat kebajikan negara dengan usaha penambahan kakitangan yang berkelayakan akan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan skop perkhidmatan yang ditawarkan. Diharapkan kerajaan dapat mencapai peratusan sifar dalam bilangan rakyat yang mengemis di tepi jalan.
6. Pembangunan semua Tadika dan Taska kerajaan seluruh negara supaya dipimpin dan diuruskan oleh kakitangan yang berkelayakan. Ini kerana kepentingan institusi ini dalam usaha mendidik golongan muda dalam masa pra-persekolahan. Kualiti pendidikan di kebanyakan tadika dan taska dapat dirasai telah banyak berkurangan dan ini akan menjadi satu kerugian kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana untuk pendidikan awal anak-anak mereka.
7. Persekolahan asas merupakan keperluan utama untuk setiap rakyat. Usaha untuk mengurangkan keciciran palajar dalam melengkapkan tahun pendidikan asas perlu dilakukan. Pembinaan lebih banyak sekolah dalam linkungan dekat dengan setiap kawasan perumahan, penyediaan bas-bas kerajaan untuk kawasan pendudukan terpencil mungkin dapat membantu dalam usaha ini. Penyediaan lebih ramai kaunselor dalam mengenai pasti masalah keciciran ini juga dapat membantu. Pengenalan skop pendidikan yang berkaitan dengan kemahiran di sesuatu kawasan (seperti pendidikan dalam bidang pertanian di kawasan pertanian) dapat membantu memberi pengetahuan asas berkaitan bidang ekonomi di kawasan mereka supaya mereka dapat berdikari walaupun tidak dapat meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
8. Usaha dalam rehabilitasi rakyat yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan tempat kerja masih kurang. Program rehabilitasi yang baik dan berkesan dapat membantu mereka kembali bekerja dan ini merupakan aset dalam pembanguan negera. Diharap lebih banyak perancangan dan usaha meningkatakan bilangan pusat rehabilitasi di seluruh negara.
9. Penyaringan yang lebih teliti dan moden ke atas semua wanita yang hamil terutamanya yang mendapat rawatan dan pemeriksaan susulan di klinik dan hoapital kerajaan perlu. Ini perlu dilakukan supaya kelahiran anak yang mengalami kecacatan semasa dalam kandungan disebabkan masalah genetik dapat dikurangkan. Penyaringan genetik dan keadaan bayi dalam kandungan lebih awal dan berkesan dapat membantu dalam mengelakkan kelahiran bayi yang tidak sempurna di peringkat awal. Ini akan secara tidak langsung mengurangkan beban keluarga dan negara dalam jangkamasa panjang.
10. Usaha dalam penguatkusaan kawasan larangan merokok perlu memandangkan keadaan sekarang adalah tidak memuaskan. Diharap kerajaan mempunyai rancangan jangkamasa panjang untuk mencapai kadar sifar bilangan rakyat yang merokok. Perbelanjaan kerajaan dalam kos rawatan penyakit berkaitan dengan rokok adalah tinggi berbanding jumlah cukai yang diperolehi dalam penjualan rokok atau hasil tembakau.

No comments: